- Perkongsian Faedah Ekonomi
- Menjaga Hak Kepentingan Kaum Bumiputera
Pembentukan persekutuan yang terdiri daripada Tanah Melayu,
Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura adalah untuk menjaga kepentingan dan
kedudukan kaum Bumiputera. Menurut Tunku
Abdul Rahman, gagasan pembentukan Malaysia perlu menggabungkan wilayah-wilayah
Borneo kerana percantuman di antara Tanah Melayu dengan Singapura sahaja akan
menghilangkah majoriti penduduk Melayu.
Ini kerana singapura mempunyai 80% penduduk bukan Melayu dan apabila
dicantumkan ini akan menghlangkan majoriti penduduk Melayu.
Apabila pencantuman berlaku antara Tanah Melayu dan
Singapura sahaja, bilangan masyarakat Cina akan menjadi 43.5%, sementara orang
Melayu menjadi 43%. Ini kerana anggaran penduduk Tanah Melayu pada tahun 1960,
orang Melayu kira-kira 50% dan orang Cina 36.9%. Justeru, apabila penduduk
Sabah dan Sarawak diambil kira, bilangan kaum Bumiputera termasuk Melayu akan
menjadi 46.3%, sementara orang Cina menjadi 42.4%. Ini bermaksud untuk menjamin
kedudukan orang Melayu dan Bumiputera tidak terancam, kemasukkan Sabah dan
Sarawak membolehkan kumpulan Melayu dan Bumiputera kekal sebagai kumpulan
terbesar.
- Mengelakkan Ancaman Dan Pengaruh Komunis.
Pengaruh komunis yang semakin meluas di Asia Tenggara,
terutama Singapura membimbangkan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Pengaruh
komunis mula menyusup masuk ke dalam parti yang memerintah Singapura sejak
tahun 1959, iaitu Parti Tindakan Rakyat (PAP) pimpinan Lee Kuan Yew. Kegiatan
dan pengaruh komunis semakin kuat apabila bekas anggota PAP berhaluan kiri
menubuhkan Barisan Sosialis yang dipimpin oleh Lim Chin Siong. Kekalahan calon
PAP dalam dua pilihanraya kecil.
Pada tahun 1961 bagi kawasan Hong Lim dan Anson
memperlihatkan pengaruh komunis semakin merebak di Singapura. Perkembangan ini
membimbangkan Tunku Abdul Rahman kerana beliau khuatir Singapura akan dikuasai
oleh pihak komunis dan keadaan ini boleh mengancam keselamatan Tanah Melayu.
Oleh itu, Tunku berpendapat penubuhan Malaysia akan dapat menyekat pengaruh
komunis daripada merebak di Singapura.
No comments:
Post a Comment